Monday, August 26, 2013

Berapa Harga Tunaikan Ibadah Qurban melalui Ustaz Mansor?

Banyak pihak sebelum ini telah menunaikan ibadah Qurban di Kemboja. Alhamdulillah dengan cara ini kita dapat membantu saudara-saudara kita di sana. Dan mereka dari kalangan yang miskin melampau yang sememangnya ramai di sana dapat merasa sedikit nikmat memakan daging lembu dan kambing.

Kebanyakan orang Islam Cham di Kemboja sebenarnya langsung tidak dapat makan daging lembu atau kambing kecuali SETAHUN SEKALI sahaja iaitu semasa musim raya haji. Selain dari itu, kalau ada dermawan kampung yang nak menjamu orang kampung makan daging, barulah mereka dapat merasa makan daging, dan itupun 2 ke 3 kali setahun sahaja.. Kalau tidak, asyik makan ayam dan ikan sahajalah tiap-tiap hari.

Di bawah ini ialah satu contoh iklan yang disebarkan di masjid dan surau di Malaysia mengenai ibadah Qurban yang dijalankan di Kemboja yang saya snap di sebuah masjid berdekatan rumah baru-baru ini. Kalau dilihat, kos Qurban yang ditawarkan memang murah iaitu sebanyak RM1850 untuk seekor lembu.


Walaubagaimanapun sekiranya pembaca ada yang nak lebih murah lagi, memang ada. Ustaz Mansur kita ni memang setiap tahun melakukan ibadan Qurban di Kampung Koh Sotin. Dan ramai di antara yang menghantar wang kepada beliau untuk tujuan tersebut ialah orang Malaysia. Harga Qurban yang dilaksanakan oleh Ustaz Mansur ialah sebanyak RM1500 sahaja untuk seekor lembu.

Ustaz Mansur dapat menawarkan harga yang lebih rendah daripada yang dalam iklan tersebut ialah kerana beliau memang tidak mengenakan harga yang mahal dalam apa-apa urusan yang dilakukannya, kerana lebih pentingkan pahala daripada keuntungan duniawi.

Alasan kedua ialah kerana bagi mereka yang berminat, perlu terus membuat bayaran kepada akaun bank beliau di Public Bank Cawangan Kemboja di bawah thread ini iaitu di bawah tajuk INFAK FI SABILILLAH. Dengan cara ini, pembaca yang berminat tidak perlu melalui orang tengah yang pastinya akan mengenakan cas tambahan atau komisyen.

Bahkan beliau pernah menyatakan kepada saya bahawa harga modal beliau membeli seekor lembu ialah RM1400 sahaja dan RM100 ialah untuk tujuan pengangkutan iaitu untuk mengangkut lembu-lembu tersebut dengan lori.

Keuntungan lain yang dapat diperolehi daripada menunaikan Qurban di Kemboja ini secara umumnya ialah lembu-lembu Kemboja bersaiz extra large, ada yang hampir tinggi dengan manusia dewasa. Sila rujuk thread lama di bawah tajuk Klip Video Di Kampung Koh Sotin, dalam klip video yang ketiga.Apabila lembunya besar, maka dagingnya pun banyaklah, dan dengan itu semakin ramailah orang miskin yang dapat merasa makan daging Qurban kita, in sya Allah.

Di bawah ini ialah gambar-gambar ibadah Qurban yang dilakukan sendiri oleh Ustaz Mansur di Pulau Koh Sotin pada tahun-tahun yang lepas.

Ustaz Mansur sendiri yang menyembelih lembu Qurban. Nama-nama mereka yang memberi wang mereka kepada Ustaz Mansur untuk tujuan ini turut ditayangkan di belakang.


Kaum wanita sedang memotong daging untuk disedeqahkan kepada fakir miskin

1 comment:

nwar said...

Salam,

Saya dan isteri saya baru saja kembali dari Kemboja.Terharu sangat kami melihat penduduk Cham disana.Saya jumpa blog tuan kerana ingin mengetahui bagaimana utk menolong penduduk di sana.So kebetulan terjumpa blog tuan.Banyak info Tuan dah bagi..Saya dan isteri memang sangat nak membantu dlm apa jua bentuk utk orang Cham..So kalau boleh kita boleh berbicara lebih lanjut melalui email ke atau cara cara lain.Email saya : anwarbasir@gmail.com

Saya dan isteri bukan orang yg berada tetapi keinginan utk membantu mereka ini memang dah ada hajat di dalam hati.insya Allah kita akan berbicara lagi